Baru!Rempah Nasi Arab Chef Ammar/Nasi Hanith.140g/btl

Click image for Gallery
Chef Ammar telah mengeluarkan rempah asli bagi masakan Arab yang diciptanya sendiri . Peminat Chef Ammar ,kini anda boleh membeli/menempah rempah nasi arab Chef Ammar secara online. Setakat ini ada lima jenis rempah yang dihasilkan iaitu rempah Mandi, rempah Bukhari, rempah Kabsah, rempah maklubah dan rempah Beriani.
1 botol rempah Chef Ammar boleh digunakan untuk memasak 10 kg Nasi . Chef Ammar “Spices” ini boleh juga digunakan untuk memasak lauk ayam, daging dan juga ikan. Sangat mudah.
Chef Ammar’s Spices,
- No MSG
- No Flour
- No Preservatives
- No Additives
- No Artificial Colourings.
RESIPI NASI HANITH AYAM
Bahan-Bahan;
- 1kg beras basmathi
- 1 cawan susu cair
- 5-8 biji bawang putih (diketuk)
- 3 biji bawang Holland/Besar potong dadu/kisar kasar
- Sedikit daun ketumbar
- 3 sudu makan minyak sapi
- 3 sudu makan Rempah Hanith Chef Ammar
- 1 sudu makan Smoke Flavour Chef Ammar
- Garam secukup rasa
- Sedikit serbuk Saffron
Cara Masak ;
- – Panaskan minyak sapi dan tumis bawang putih sehingga sedikit kuning. Masukan bawang Holland/merah dan tumis lagi sehingga naik bau.
- – Masukkan daun ketumbar dan rempah Hanith Chef Ammar. Tumis seketika
- – Masukkan ayam dan masak sampai kering airnya.
- – Masukan beras basmathi dan tumis seketika
- – Masukan air dan garam. Kacau dan rasa air. Tambah garam sehingga air cukup masin seperti sup
- – Masak nasi seperti biasa
- – Apabila nasi sudah menggelegak, masukan 1 cawan susu cair. Masak nasi hingga masak sepenuhnya.
- – Apabila nasi sudah masak, tuangkan campuran saffron bersama air. Kemudian masukkan smoke flavor. Tutup dan biarkan 15 minit.